Selasa, 15 Jun 2010

Hadis Ahad?

Dalam menyusuri era globalisasi moden, pendekatan agama sering diabaikan oleh segenap lapisan masyarakat. Berkemungkinan panduan kita iaitu al-Quran dan Hadis bukan menjadi pujangga dan pedoman diri bagi mencari pendinding diri. Akan tetapi, adakah sebahagian awam mengetahui hakikat dan kekuatan sesuatu hujah yang dipegang? Pernahkah anda sekalian mendengar ungkapan Hadis Ahad? Kita mungkin berseloka bahawa diri penjunjung sunnah Rasulullah s.aw., akan tetapi kita terlupa kekuatan atau kepastian sesuatu sunnah yang dibawa samada ianya sahih atau lemah. Bersambung.........

Perasaan Tidak Tahu?

Apabila sedetik perasaan ini menjelma dalam sanubari, tindakan menjadi semakin tidak tentu arah. Apakah kerana takut dan resah telah menguasai diri? Atau diri akan merasa terhina dek jelingan dan bayangan orang lain? Setiap orang mengalami rontaan ini. Namun, adakah ianya berakhir dengan penyelesaian positif atau mengundang mala petaka besar?

Isnin, 14 Jun 2010

Selamat datang...


Terima kasih kerana meluangkan masa mengunjungi laman blog ini. Walaupun sekadar bingkisan bersahaja, namun ulasan dan pembaharuan idea daripada pembaca semua amat dialu-alukan dalam menjana percambahan minda dan meransang peningkatan intelektual samada secara realiti mahupun logistik. Semoga medan ini mampu mencungkil perdebatan positif buat kita semua.